Sunday, August 17, 2014

Amalan Rasulullah SAW ketika gerhana matahari

Bismillah,,

Assalamualaikum

Apa khabar semua hari ni? Moga kita dalam redha Allah SWT.
Macam mana dengan puasa enam? Sudah habis ke belum? Kalau belum bolehlah rancang untuk cuba habiskan puasa enam sebaiknya.

InsyaAllah kita ke topik kita hari ni mengenai sirah junjungan besar Rasulullah SAW.

Tajuk: AMALAN RASULULLAH SAW KETIKA GERHANA MATAHARI

Pada zaman Nabi SAW telah berlaku gerhana matahari. Para sahabat r.a telah berfikir bahawa mereka perlu meneliti apakah yang akan diamalkan oleh Rasulullah SAW dalam keadaan sedemikian? Para sahabat r.a yang sedang sibuk dengan pekerjaan masing-masing telah meninggalkan pekerjaan mereka lalu berlari-lari datang ke masjid. Budak-budak yang sedang berlatih memanah pun meninggalkan urusan mereka lalu pergi untuk melihat amalan yang akan dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Baginda SAW mendirikan solat sunat gerhana dua rakaat yang begitu panjang sehingga ramai yang terjatuh pengsan. Baginda SAW telah menangis dalam solat itu sambil berdoa,
" Ya Allah, tidakkah Engkau menjanjikan kepadaku bahawa Engkau tidak akan mengazab mereka selagi aku ada bersama mereka dan tidak akan mengazab mereka selagi mereka beristighfar."

Allah SWT menjanjikan perkara ini dalam surah Al-Anfal: "Dan Allah SWT sekali-kali tidak akan mengazab mereka sedang engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka dan Allah SWT tidak akan menyeksa mereka sedangkan mereka beristighfar (meminta ampun)." [Al-Anfal:33]

Kemudian Rasulullah SAW menasihati orang ramai. "Apabila berlaku peristiwa seumpama ini dan berlaku gerhana bulan atau matahari maka segeralah bersolat. Sekiranya kamu tahu perkara-perkara akhirat seperti yang sedang aku lihat maka pasti kamu akan kurang ketawa dan banyak menangis. Apabila berlaku peristiwa seumpama ini maka hendaklah kamu bersolat, berdoa & bersedekah."

Alhamdulillah. Setakat ini sahaja perkongsian kita pada hari ini.Moga kita peroleh iktibar dan dapat kita amalkan dalam kehidupan kita.

Wallahu a'lam

>> Sedang mencari keperluan muslimah seperti handsock dwitone, handsock ring & stokin sandy mesir?
      Boleh dapatkan di www.facebook.com/hannangood